..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

October 20, 2013

Pukul 2:00 pagi

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 2:00 pagi berjaya menyiapkan SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) 2013 ni. Nasib baik laju nak loading page ni. Kalau tak, mau 'bertanduk' pas ni... (^^)


Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa pelanjutan tarikh. (KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013).

October 18, 2013

Pentingnya Takwim Persekolahan 2014 kepada saya


Salam, 

Dah lama cari takwim cuti 2014. Semalam baru jumpa. Sebelum ni saya tak pernah kisah pun pasal takwim sekolah. Tapi untuk tahun depan memang penting hehehe. Boleh la merancang untuk tahun depan..  :P 





# (^ ^)

October 13, 2013

Tahniah dari SHELL HELIX



"Tahniah sim kad anda telah meraih HADIAH PERCUMA RM19 000.00 dari SHELL HELIX NO PIN 552299 sila call ditalian 0178950060 www.win-shell.com"  
~From 0128612189~

Apa istimewanya sim kad saya sampai SHELL nak bagi RM 19 000.00 ? Mesti ramai yang pernah dapat sms macam ni kan...

October 7, 2013

Cashout pertama dari Pixajoy

Salam, 

Rezki untuk hari ni..Saya dah boleh cash out duit komisen dari Pixajoy. Tapi kena tunggu 10 hari baru duit masuk dalam akaun. Nanti saya update. Ye la kan, ni first time cashout dari Pixajoy. Manalaaa tau kan :P ..Tertanya-tanya gak la, betul ke boleh dapat duit ni hehehe...


Sesiapa yang nak join affiliate ni boleh klik kat banner bawah ni :




October 5, 2013

Jom ke Ekspo Buku Islam Pahang

Salam,

Weekend datang lagi. 

Jom warga Kuantan kita penuhkan ruang legar Kuantan Parade :) ..

Sebenarnya, ekspo buku ni dah bermula sejak 27 September dan akan berakhir pada 6 Oktober iaitu hari Ahad ni.

Walaupun namanya Ekspo Buku Islam, tapi kat sini ada banyak booth yang jual bermacam-macam buku. Bukan setakat buku Agama je, novel pun banyak.

Saya sempat jugak beli 2 buah novel Ahad lepas. Siap ada diskaun lagi. Sebuah buku diskaun RM 5. Untung la kaki novel hehe.. 

Jom la..kepada sesiapa yang belum berkesempatan datang ke sini, bolehla datang weekend ni :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...