..World of My Own..

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."

May 28, 2011

Happy Holiday!!!

Happy HOLIDAY!!!!

Selamat bercuti selama 2 minggu kepada sesiapa yang berkenaan ha3...kepada yang tak berkenaan, selamat bercuti gak walaupun untuk 2 hari je... ;) ...

enjoy your holiday & sama - samalah kita memanfaat cuti sebaik mungkin ;p (ye la tu)...


p/s : bye bye kuantan, cek nak balik kampung ...♥

May 21, 2011

Laksamana Do Re Mi

Saat ni aku tengah melayan cerita Laksamana Do Re Mi...Walaupun dah berjuta kali diulang tayang aku tetap tengok...Bagi aku cerita-cetita P.Ramlee ni "tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas"...tapi tak semua la..ni pendapat aku..tak ada kaitan dengan yang hidup @ yang telah pergi...


Source grafik: http://www.sinemamalaysia.com.my/filemgambar.php?id=552

Kalau cerita-cerita P.Ramlee yang lawak, aku tak kisah kalau diulang tayang berapa kali pun..cuma aku tak suka / jarang tengok cerita P.Ramlee yang agak berat dan serius macam Ibu Mertuaku, 6 Jahanam, Antara 2 Darjat...tak syok la...tapi kalau cerita P.Ramlee yang lawak, aku tetap akan gelak walaupun skripnya aku dah hafal ha3...

Cuma kadang-kadang bahasa yang digunakan tak sesuai untuk kanak - kanak...contohnya macam, bodoh, celaka...agak kasar bagi aku...budak-budak pulak cepat terpengaruh dengan bahasa-bahasa yang agak kurang ajar macam ni..

Jom layan...


p/s: ada tak orang yang kreatif dan berbakat macam P.Ramlee ?


May 18, 2011

Kongsi

Lupa nak cerita..baru ni aku g tengok citer KONGSI...bagi aku cerita tu memang lawak especially part Shaheizy Sam ngan Azad...aku memang suka diorang berlakon dalam drama Adnan Sempit The Series..

Tiket wayang di atas tiada kaitan dengan Pizza Hut..hehe

"The action-comedy directed by Farid Kamil, focuses on the investigation done by ASP Shariff (Fizo Omar) towards the killing of triad members in Kuala Lumpur. Various triad members are in shambles when they discover the presence of a hired killer Tumulak (Shaheizy Sam), who committed the killings to settle his debt. Asps Shariff are unable to pinpoint who are to be blamed since the cunning Tumulak works alone. In truth, the crimes are masterminded by Kimpedu (Zul Handyblack), who hired Tumulak to stir the nest of the triads as Kimpedu plans to take control over Kuala Lumpur."


Eh, rasanya yang jadi Kimpedu tu Bront Palare bukan Zul Handyblack...aku salah tengok ke??

Cuma ntah la, aku tak berapa faham jalan cerita Kongsi ni...Maybe sebab aku terlelap kot masa tengok cerita ni, sebab tu aku tak berapa faham hehe..

Tapi tak rugi la aku buang duit tengok KONGSI ni..yang penting aku boleh gelak ha3...

May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru - guru di Malaysia..


TERIMA KASIH CIKGU...

p/s: Hari ni baru join blog list Enchik Nine, jom lah join sekali. Anda akan dipromosikan pada post harian Enchik Nine..(hehe Enchik Nine, saya copy ayat ni bulat-bulat ;p)

May 15, 2011

'Muzium' handphone

Ada ke 'muzium handphone'...? Hehe..adaaa...tapi bukan sekarang la....1 fine day...ha3...ni 'cita-cita' mak aku....Mesti korang rasa pelik kan..kenapa mak aku nak bukak 'Muzium Handphone' untuk family kitorang..

Cuba tengok koleksi handphone family kitorang...ni pun bukan semua...ada lagi tau...ada yang adik-adik aku simpan...Semua handphone ni kitorang dah tak guna, tapi bukan semuanya rosak..ada yang still lagi boleh pakai, cuma bateri 'kong' je...Mak aku tak bagi buang..dia suruh simpan buat koleksi...dia cakap,

"simpan...nanti kita boleh bukak muzium"...

Semua adik - beradik Nokia...Kecuali 1 tu adik tiri (Motorola)...

Yang paling kiri tu aku paling ingat sejarah dia...1st handphone yang ayah aku guna......pastu diwarisi turun temurun..aku pun sempat gak pkai handphone tu...tahun 2001 rasanya...masa tu aku kat 'U'..coverage pun tak berapa clear masa tu...mak aku cakap, handphone tu kalau baling kat anjing pun boleh mati ha3..tengok la saiz dia...punyala besar..tapi back in 2001 rasanya bangga gila dapat pakai handphone tu ;p..aku pakai tak lama, pastu tukar ngan Nokia 3310...

4 dari kiri tu 1st handphone yang mak aku beli guna duit dia sendiri

4 dari kanan tu handphone yang pakcik aku bagi kat aku...

Yang lain - lain tu aku tak berapa sure la asal-usul dia...

Aku pun tak ingat dah berapa kali aku tukar handphone..apa yang pasti, aku tetap setia ngan Nokia...hehe..boleh dapat award untuk loyal customer ni ha3...

Sekarang ni dah macam- macam spesis handphone dah ada kat kedai...blackberry la...iphone la...ntah la...aku pun tak berapa tau...aku agak ketinggalan dalam bab-bab ni ;D ....

p/s: aku kenal Nokia 3310 je...yang lain-lain tu aku cuma ingat 'NOKIA' je...

May 14, 2011

Guru Malaysia.

Ni la lagu yang paling aku suka....dari zaman kecik - kecik dulu aku dah hafal lagu ni...masa cikgu - cikgu aku (termasuk mak & abah aku) nyanyi masa hari guru, aku ikut sekali...bagi aku, apa yang tersirat di sebalik lagu ni amat mendalam...


"Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan"

~INSYAALLAH~


Ni gambar kenangan masa aku praktikal kat SK Plaman Baki / Menaul...miss them so much....sweet memories yang takkan aku lupa sampai bila-bila...sebab kat sini la tempat mula - mula aku praktikkan ilmu perguruan aku yang tak seberapa ;) ...

Ni budak year 4...masa praktikal aku ngajar  diorang...sangat2 sporting masa lecturer aku datang observe  ha3...

Ni budak - budak year 6...tahun 2008...dah nak PMR tahun ni..

May 9, 2011

Cikgu sebagai 'Mak Andam'..

Cikgu - cikgu kat Malaysia ni memang bukan sekadar 'mendidik' je...Jadi mak andam pun boleh ha3...tapi bukan la Mak Andam betul - betul pun...Part time je hehe...

Budak - budak pompuan year 1 kelas aku ngajar ni ada yang pakai tudung , tapi nak 'bela' (term ni la yang aku guna masa kecik - kecik dulu ;p ) tudung pun tak berapa reti...so ada la 2 orang budak ni (Najwa & Shafinaz) datang jumpa aku ,

 "Teacher, tolong 'bela' tudung saya..saya tak reti la"...



Lawak pun ada..agaknya diorang pun perasan aku asyik betulkan tudung diorang...Ye la, kadang - kadang sampai tak nampak mata...tu yang aku tolong betulkan tu..even kalau aku jumpa budak year 1 tengah jalan pun aku akan betulkan tudung diorang...kasi cun sikit heheh....Pencen nanti aku boleh kot apply jadi mak andam ....


......tadi ada budak year 1 cakap aku wangi...tapi macam bau chewing gum...ha3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...